KATA ALU-ALUAN PENYELARAS KELAB




Assalamualaikum w.b.t dan Selamat sejahtera,

Perancangan merupakan intipati dalam pengurusan organisasi. Perancangan yang bersistematik dan strategik menjadi petunjuk arah utama kepada kejayaan dan kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan. Justeru itulah Kelab ComTech UMT 2014/2015 menghasilkan blog rasmi.

Blog rasmi ini merupakan satu paparan maklumat yang meliputi segala aspek pengurusan dan pentadbiran Kelab ComTech yang menggabungkan 2buah kursus terbesar bidang teknologi di UMT iaitu kursus Kejuruteraan Perisian dan Informatik Maritim.

Keseluruhan Blog rasmi ini mencakupi Organisasi Kelab Comtech 2014/2014, Profil Am Kelab, JawatanKuasa Majlis Tertinggi Kelab, Aktiviti Semasa,terkini dan lepas kelab, Muat turun nota pembelajaran dan pautan laman website pembelajaran, serta Galeri gambar aktiviti kelab.

Blog rasmi ini akan menjadi bahan rujukan kepada semua warga Comtech UMT bagi sesi 2014/2015. Akhirnya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Exco Publisiti dan Multimedia yang terlibat dalam penyediaan dan penghasilan Blog rasmi Kelab Comtech bagi sesi 2014/2015 ini.

Sekian.Terima Kasih.
Puan Noor Azliza Che Mat
Penyelaras Kelab ComTech UMT 2014/2015





Saturday, November 23, 2013

Program Jalinan Kasih Mentor Mentee.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada hari Jumaat, tanggal 4 Oktober 2013, Kelab Computer Technology (ComTech) telah menganjurkan Program Jalinan Kasih Mentor Mentee yang bertempat di Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu. Program ini telah diamanahkan kepada Nur Shahirah bt Badrus Hisham, selaku pengarah program tersebut.



Program ini melibatkan semua ahli-ahli ComTech dan seramai 10 orang pensyarah dari Jabatan Sains Komputer (JASKOM). Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah sukaneka dan sedikit jamuan yang disediakan. Sukaneka yang diadakan terdiri daripada dua kategori, kategori kanak-kanak dan kategori pelajar UMT bersama pensyarah JASKOM. Antara aktiviti pelajar UMT bersama pensyarah ialah Station Game, Catch That Balloon dan Bola Beracun dan Balin Selipar.



Kanak-kanak juga dihiburkan dengan sukaneka yang sesuai diperingkat umur mereka. Tambahan pula, mereka turut terhibur dengan sukaneka yang disediakan khas oleh kelab kami.


Bersyukur kerana program ini telah berjalan dengan lancarnya. Pensyarah-pensyarah dan juga ahli Kelab ComTech turut bergembira disamping dapat melepaskan tekanan dan kepenatan setelah seharian  bekerja dan belajar. Aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan antara pensyarah dan pelajar. Selain itu, hubungan diantara senior dan junior semakin erat terjalin dan mereka saling mengenali antara satu sama lain. 



Akhir kata, terima kasih kepada ahli-ahli Kelab ComTech dan juga para pensyarah JASKOM yang telah memberi sokongan sepenuhnya untuk memeriahkan lagi program ini. Sekian, Terima Kasih.