KATA ALU-ALUAN PENYELARAS KELAB




Assalamualaikum w.b.t dan Selamat sejahtera,

Perancangan merupakan intipati dalam pengurusan organisasi. Perancangan yang bersistematik dan strategik menjadi petunjuk arah utama kepada kejayaan dan kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan. Justeru itulah Kelab ComTech UMT 2014/2015 menghasilkan blog rasmi.

Blog rasmi ini merupakan satu paparan maklumat yang meliputi segala aspek pengurusan dan pentadbiran Kelab ComTech yang menggabungkan 2buah kursus terbesar bidang teknologi di UMT iaitu kursus Kejuruteraan Perisian dan Informatik Maritim.

Keseluruhan Blog rasmi ini mencakupi Organisasi Kelab Comtech 2014/2014, Profil Am Kelab, JawatanKuasa Majlis Tertinggi Kelab, Aktiviti Semasa,terkini dan lepas kelab, Muat turun nota pembelajaran dan pautan laman website pembelajaran, serta Galeri gambar aktiviti kelab.

Blog rasmi ini akan menjadi bahan rujukan kepada semua warga Comtech UMT bagi sesi 2014/2015. Akhirnya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Exco Publisiti dan Multimedia yang terlibat dalam penyediaan dan penghasilan Blog rasmi Kelab Comtech bagi sesi 2014/2015 ini.

Sekian.Terima Kasih.
Puan Noor Azliza Che Mat
Penyelaras Kelab ComTech UMT 2014/2015





Friday, May 9, 2014

Acara Mesyuarat Agung Tahunan ComTech 2013/2014

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Acara Mesyuarat Agung Tahunan ComTech 2013/2014 - Acara ini telah berlangsung selama 2 hari melibatkan 2 aktiviti yang berbeza iaitu Sesi perkenalan calon bertanding dan sesi pengundian dan pengumuman jawatankuasa Kelab Comtech 2014/2015.



SELASA, 6 MEI 2014 - Sesi Pengenalan Calon telah di adakan dengan jayanya dengan melibatkan pelajar dan pensyarah di Dewan Syed Jalaluddin (DS). Majlis bermula pada pukul 1.00 tengahari hingga 2.00 petang. Pelajar yang tercalon sebagai Majlis Tertinggi Comtech 2014/2015 telah membuat sesi perkenalan dan menyampaikan manifesto masing-masing.


RABU, 7 MEI 2014 - Sesi pengundian calon-calon bertanding bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Makmal Pengaturcaraan 3 (MP3). Pada pukul 1.00 petang, bermulanya majlis pengumuman jawatankuasa terbaru ComTech sesi 2014/2014 oleh mantan Presiden Kelab ComTech sesi 2013/2014. Majlis berakhir pada pukul 200 petang. Semoga semua jawatankuasa Kelab Comtech 2014/2015 yang terpilih dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh komitmen dan dedikasi.


Read More

Friday, March 14, 2014

Program Titian Kasih Bersama Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi.

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,

Pada 1 Mac 2014 yang lalu, Kelab Comtech telah menganjurkan Program Titian Kasih bersama dengan Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi dibawah kelolaan Siti Nor Hakimah Saidi sebagai pengarah program dan Puan Azliza Che Mat sebagai pensyarah penasihat kelab.  

Program ini telah diadakan selama satu hari bermula jam 8.30 pagi sehingga 4.00 petang bertempat di Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Program ini disertai oleh seramai 30 orang ahli Comtech. Tambahan lagi, terdapat beberapa orang pensyarah yang turut hadir menyertai program ini.

Untuk pengetahuan, Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi dihuni oleh 24 orang penghuni yang berusia dalam lingkungan 6 tahun sehingga 17 tahun.

Program bermula dengan bacaan doa serta ucapan dari wakil Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi dan pengarah program. Kemudian, kami mengadakan sedikit senaman pagi bersama anak-anak RTH Darul Hilmi tersebut. Setelah itu, slot pertama bagi program ini iaitu Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dimulakan. Penghuni RTH Darul Hilmi dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan diberi 2 orang fasilitator untuk mengetuai setiap kumpulan sepanjang program ini berlangsung.

Ucapan dari wakil Haji Husin, penyelia RTH Darul Hilmi

senaman pagi sebelum memulakan sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

Slot Pertama: Latihan Dalam Kumpulan

Seterusnya, kami berehat untuk minum pagi. Kemudian, program diteruskan lagi dengan slot kedua yang berkonsepkan kerohanian iaitu “Bengkel Solat” yang disampaikan oleh Ustaz Fakrulradzi dan ceramah yang bertajuk “Tanggungjawab Sebagai Muslim” pula disampaikan oleh saudara Ubaidillah.
Kemudian, kami berhenti untuk makan tengahari dan solat secara berjemaah.

Slot Kedua: Bengkel Solat oleh Ust. Fakhrulradzi

Slot Kedua: "Tanggungjawab Sebagai Muslim" oleh saudara Ubaidillah

Seterusnya, program diteruskan untuk slot terakhir iaitu slot ketiga. Slot ketiga diisi dengan permainan iaitu ‘explorace’. Untuk sesi ini, terdapat 6 checkpoint yang perlu dilalui oleh setiap kumpulan. setiap checkpoint menyediakan tugasan yang berbeza yang perlu dilalui oleh setiap kumpulan. Slot ketiga ini agak ceria kerana setiap penghuni RTH Darul Hilmi makin rapat dengan ahli-ahli Comtech.

Slot Ketiga: Explorace

Kuiz Solat; Salah satu checkpoint yang terdapat di dalam Explorace
Seterusnya, upacara penutup disertai dengan pembahagian hadiah bagi permainan ‘explorace’ dan cenderahati kepada setiap penghuni RTH Darul Hilmi.

Penyampaian hadiah dan cenderahati kepada penghuni RTH Darul Hilmi

Akhir kata, syukur ke hadrat Ilahi kerana program ini berjalan dengan lancar. Setiap penghuni RTH Darul Hilmi dan ahli kelab Comtech yang menyertai program berpuas hati dan gembira atas pertemuan yang singkat ini. Objektif utama program ini iaitu untuk memupuk silaturrahim antara pelajar dan penghuni RTH Darul Hilmi dapat dicapai.

Gambar Kenangan bersama penghuni RTH Darul Hilmi
Read More