KATA ALU-ALUAN PENYELARAS KELAB




Assalamualaikum w.b.t dan Selamat sejahtera,

Perancangan merupakan intipati dalam pengurusan organisasi. Perancangan yang bersistematik dan strategik menjadi petunjuk arah utama kepada kejayaan dan kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan. Justeru itulah Kelab ComTech UMT 2014/2015 menghasilkan blog rasmi.

Blog rasmi ini merupakan satu paparan maklumat yang meliputi segala aspek pengurusan dan pentadbiran Kelab ComTech yang menggabungkan 2buah kursus terbesar bidang teknologi di UMT iaitu kursus Kejuruteraan Perisian dan Informatik Maritim.

Keseluruhan Blog rasmi ini mencakupi Organisasi Kelab Comtech 2014/2014, Profil Am Kelab, JawatanKuasa Majlis Tertinggi Kelab, Aktiviti Semasa,terkini dan lepas kelab, Muat turun nota pembelajaran dan pautan laman website pembelajaran, serta Galeri gambar aktiviti kelab.

Blog rasmi ini akan menjadi bahan rujukan kepada semua warga Comtech UMT bagi sesi 2014/2015. Akhirnya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Exco Publisiti dan Multimedia yang terlibat dalam penyediaan dan penghasilan Blog rasmi Kelab Comtech bagi sesi 2014/2015 ini.

Sekian.Terima Kasih.
Puan Noor Azliza Che Mat
Penyelaras Kelab ComTech UMT 2014/2015





Sunday, March 9, 2014

Bengkel Basic Photoshop

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada hari Sabtu bertarikh 23 November 2013, Kelab Computer Technology (ComTech) telah menganjurkan Bengkel Basic Photoshop yang bertempat di Makmal Komputer Fakulti Pengurusan Ekonomi (FPE). Program ini telah diamanahkan kepada Nor Fatiha binti Subri, selaku pengarah program tersebut.Pada awalnya, salah seorang pelajar Tahun 3 Sarjana Muda Teknologi Maklumat(Kejuruteraan Perisian) yang telah mencadangkan kepada kami agar menganjurkan bengkel sebegini sebagai pendedahan kepada pelajar yang kurang fasih dengan selok-belok perisian Photoshop.




Bengkel Basic Photoshop ini menampilkan senior Tahun 3 Sarjana Muda Teknologi Maklumat(Kejuruteraan Perisian) sendiri iaitu Talhah sebagai tenaga pengajar. Selain itu, bengkel ini melibatkan semua pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang berminat dan kami hadkan jumlah pelajar untuk menyertai bengkel ini kepada 30 orang sahaja. Tambahan lagi, bengkel ini melibatkan 6 orang tutor bagi melancarkan lagi proses pengajaran.

Bersyukur kerana program ini telah berjalan dengan lancarnya. Peserta turut bergembira disamping dapat mempelajari perkara-perkara asas berkenaan dengan Photoshop. Dengan ini, peserta dapat meningkatkan ilmu yang sedia ada berkenaan dengan Photoshop.



Akhir kata, terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa program yang terlibat untuk program ini dan berbanyak penghargaan kepada peserta bengkel yang mempunyai semangat yang berkobar-kobar menyertai bengkel ini. Sekian, Terima Kasih.